Saturday, December 31, 2016

Tamat tahun 2016


Alhamdulillah. Penghujung tahun 2016. Diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki oleh Allah yang melimpah ruah di tahun ni..

Tahun 2016 memberi kenangan manis terhadap keluarga dan kerjaya. Dinaikkan pangkat, diberikan peluang memiliki rumah dalam Putrajaya, Encik suami kembali bertugas di Putrajaya, dikurniakan kesihatan buat diri, suami, anak-anak, ibu bapa dan keluarga..

Semoga tahun 2017 didatangkan rahmat dan limpah kasih sayang Allah buat kami sekeluarga.. Aamminn.. Jumpa lagi tahun depan.. Bye Bye..



Thursday, December 22, 2016

Damailah di sana..

22 Disember 2016 bersamaan 22 Rabiulawal 1438H, Mimie kehilangan nenek sebelah Abah Mimie di Pahang.

Dalam jam 11 pagi di pejabat, Mimie terima panggilan dari adik lelaki tanya balik pahang x? Mimie pun terpinga-pinga sebab tak buka whatsapp family. Rupanya nenek dah dijemput Pencipta.. Allah.. Sayu hati masa minta EL dari boss. Bergenang air mata. Baru 2 minggu lepas jumpa nenek..

Terus balik rumah, tunggu encik suami balik dan terus bertolak ke pahang. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pengebumian nenek. 

Nenek telah dijemput Illahi pada usia 93 tahun. Semoga Allah menempatkan nenek di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.. Al-Fatihah..
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Lilypie Fourth Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Lilypie Second Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design