Monday, January 9, 2017

Pasir pantai di rumah



Nak jumpa pantai dekat bandar memang payah kan. Balik kampung mertua baru la budak- budak ni dapat mandi pantai dengan main pasir. Mujur ada permainan pasir ni. Ayah siap beli kanvas untuk alas pasir berterabur sebab seronok sangat tengok tiga beradik ni main pasir.

Dah main siap kemas. Tak nak pasir sepah merata-rata. Ada anak dara tiga orang ni senang sikit bagi arahan. Hehe. Pandai jaga mainan sendiri. Tahu sayang barang sendiri. Dah main simpan semula. Bagius anak-anak mama ayah ni.

Takpe la anak-anak mama. Balik kampung nanti kita main pantai okay. Tunggu Raya Cina ni kita balik. (^_^)



Sunday, January 1, 2017

HAPPY TWENTY SEVENTEEN


01.01.2017. Semoga pertambahan usia menambah lagi amalan kepada Pencipta. Ya Allah.. Berkatilah usia kami sekeluarga, ibu bapa, adik beradik, sahabat- sahabat kami dan muslimin muslimat sekalian.

Tahun baru azam baru. Tahun ni anak sulung start sekolah darjah satu. Anak no dua sekolah Little Caliphs, anak no 3 masih di taska. Anak dah masuk umur 7 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Cepatnya kamu membesar anak-anak.

Tahun ni tak boleh nak cuti sakan masa raya dan masa bukan cuti sekolah. Keutamaan pembelajaran kepada anak-anak. Tak boleh ponteng sekolah.

Selain itu Mimie nak kena start istiqomah bangun pagi-pagi siapkan sarapan. Sebelum ni memang ada siapkan tapi kadang-kadang ada kadang-kadang takde. Time rajin tu sebulan penuh ade. Lepas tu rehat takde. Haha. Lepas ni nak kena bekal jugak macam mana pun.

Ok nk pi masak tengah hari. Hari ni cuti. Esok cuti. Lusa pun cuti. Ehh.. Banyakkan cuti. Nampakkan mak yang excited anak-anak sekolah. Selamat maju jaya anak-anak mama ayah. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak dan kami sekeluarga..



WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG