Sunday, January 1, 2017

HAPPY TWENTY SEVENTEEN


01.01.2017. Semoga pertambahan usia menambah lagi amalan kepada Pencipta. Ya Allah.. Berkatilah usia kami sekeluarga, ibu bapa, adik beradik, sahabat- sahabat kami dan muslimin muslimat sekalian.

Tahun baru azam baru. Tahun ni anak sulung start sekolah darjah satu. Anak no dua sekolah Little Caliphs, anak no 3 masih di taska. Anak dah masuk umur 7 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Cepatnya kamu membesar anak-anak.

Tahun ni tak boleh nak cuti sakan masa raya dan masa bukan cuti sekolah. Keutamaan pembelajaran kepada anak-anak. Tak boleh ponteng sekolah.

Selain itu Mimie nak kena start istiqomah bangun pagi-pagi siapkan sarapan. Sebelum ni memang ada siapkan tapi kadang-kadang ada kadang-kadang takde. Time rajin tu sebulan penuh ade. Lepas tu rehat takde. Haha. Lepas ni nak kena bekal jugak macam mana pun.

Ok nk pi masak tengah hari. Hari ni cuti. Esok cuti. Lusa pun cuti. Ehh.. Banyakkan cuti. Nampakkan mak yang excited anak-anak sekolah. Selamat maju jaya anak-anak mama ayah. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak dan kami sekeluarga..



No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG