Tuesday, January 31, 2017

Seronoknya Bercuti


Cuti seminggu memang seronok. Cuti sampai Esok bermula khamis minggu lepas. Sejak anak sekolah rendah ni, mak kena la cuti ikut cuti sekolah. Itu pun kena discuss dengan encik suami sebab bekerja sambil menguruskan anak ni perlu dibincang, dirancang serta ada tolak ansur antara kami suami isteri. Kerjaya dan keluarga dapat diuruskan bersama.

Hari ni nak pergi pasar. Mendobi baju, gosok baju, kemas rumah, masak. Seriously Mimie memang suka duduk di rumah dalam keadaan macam ni. Santai di rumah bersama anak-anak. Tengok anak-anak membesar depan mata.

Encik suami dah ke tempat kerja. Jom mulakan operasi di penghujung Januari 2017. Esok dah masuk bulan kedua bagi tahun 2017. Semoga sentiasa dilancarkan urusan dan diberikan rahmat Allah SWT. Aaaammmmiiinnn...



No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG