Tuesday, April 11, 2017

Cuti Sekolah Syurga buat Anak-Anak


Zaman kanak-kanak adalah zaman yang sangat indah bagi seorang kanak-kanak. Terutama sekali bila dapat berkumpul dengan sepupu sepapat di waktu cuti sekolah. Tak terkecuali anak-anak Mimie dengan sepupu mereka.

Masa kecil dulu, Mimie dan adik beradik balik kampung adalah masa yang paling dinanti. Dapat jumpa sepupu-sepupu. Time tido paling best. Kat ruang tamu rumah arwah nenek penuh beratur tersusun bantal atas toto untuk tido. Masing-masing dah chop tempat masing-masing. Tido beramai-ramai. Dulu masa ada arwah nenek suka gosok-gosok kepala Mimie dan sepupu lain sampai tertido. Kadang-kadang tu cari tempat dekat nenek, so dapat la belai-belai gosok kepala sampai tido oleh nenek. Rindunya kenangan tu..

Sekarang bila tengok anak-anak dengan sepupu mereka terasa cepat masa berlalu.. Zaman kanak-kanak Mimie dah bertukar tangan kepada anak-anak Mimie. Seronok tengok mereka bermain, bergaduh lepas tu baik semula, merajuk, makan beramai-ramai.. Semoga anak-anak semua sentiasa gembira hendaknya.

Monday, April 10, 2017

Didi and Friends @ IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum.. Lama tak bersiaran di blog kesayangan.. Dah semakin suram sejak beralih tempat bertugas. Masa untuk menulis semakin kurang. Hari ni sebab rindu nak menulis so Mimie nak cerita bulan lepas punya citer.. Ehhh.. Lama bebenor simpan cerita. Dah jadi pekasam. (^_^)

Al-kisah hujung minggu 25hb Mac 2017, Didi and Friends bersama Caliph ada buat roadshow di IOI City Mall Putrajaya. Kebetulan Mama dan Abah Mimie dari Kuantan pun datang ke rumah anak-anak di sini. So kami adik beradik bergerak ke IOI City Mall bagi menunaikan janji kepada anakanda-anakanda masing-masing untuk jumpa dengan Didi and Friends.. Keadaan semasa di IOI???? Ya Ampunnn koooo... Ramainya umat manusia ni. Itu pun kami dah pergi lepas Asar. Dalam pukul 5 lebih sampai IOI. Fuhhh.. Bayaran parking tiket nak balik tak payah citer la. Masa sampai tu dah beratur orang nak bayar tiket balik. Yang balik nak balik. Yang datang pun ramai termasuk la kitaorang. So tipss pakai la TOUCH N GO masa nak bayar pariking. (^_^)

Budak-budak opkoss sangat excited bila melihat maskot Didi and Friends. Si kecil Arissa Dayana paling teruja. Berjoget-joget dengar lagu. Masa kami sampai kebetulan ada slot Caliph. So nyanyi la ramai ramai sambil berjoget-joget "Mama.. Nak Caliph... Kami Suka Caliph..." Wahhh... Diulang-ulang ta lagu tu. So mak-mak stand by ler duit nak beli. Sebab anak-anak tuntut tau. Mamaaaaa... Nak Caliph... Nyaring je bunyi ditelinga ni masa tu.. kikikiki

So ada beberapa pertandingan dibuat untuk anak-anak dan ibu bapa. Kakak Batrisyia dan sepupunya Qaseh naik ke pentas untuk pertandingan menyebut perkataan Caliph satu nafas. Dan Mama sangat terkejut anakanda Batrisyia no satu walaupun masa nak perkenalkan diri bukan main pemalu nak sebut nama sendiri. Bunyi tan bunyi je sebut nama tu. hihihi..

So terima kasih Didi and Friends dan Caliph menceriakan hari kami terutamanya anak-anak. Dan terima kasih untuk suprise box Caliph untuk kami. Macam-macam barang ada dalam suprise box caliph ni. Untung mama tak perlu beli. Semua Free.. (^_^)


Sebelum bertolak. Semu cousin ada berkumpul

Duduk depan pentas budak-budak ni. excited sangat..

Props untuk bergambar

Hadiah dalam suprise Box.. (^_^)



WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG