Saturday, June 30, 2018

Pengalaman interview Master in Forensic Accounting & Financial Crimonology

Assalamualaikum semua.. Nak share sikit pengalaman interview untuk master dalam forensik akaun dan jenayah kewangan (Pepandai je translate kan.. hehe) Okay la.. Forensic account & financial crimonolgy satu-satunya master yang hanya ditawarkan di UiTM di Malaysia. Universiti awam lain takde offer master ni. Mode yang mimie pilih adalah part time atas sebab kita bekerja kan... 😅

Image may contain: sky and outdoor
Fakulti Perakaunan UiTM Puncak Alam

No automatic alt text available.
Surat panggilan temuduga
Mimie interview pada 27.06.2018 (Rabu). Interview dibuat di Fakulti Perakauan UiTM Puncak Alam. Mula-mula sampai jam 8.00 pagi di meja pendaftaran pascasiswazah akan dapat satu kertas soalan. Ni nak kena jawab by essay. Soalan ada 6. Kebanyakkan soalan kena jawab dari hati. Bukan jawapan yang boleh google internet atau rujukan buku. Ikhlas dari hati.. Acececcee...

Antara soalan yang ditanya adalah;

  1. Discuss a special attribute or accomplishment that sets you part
  2. How will your study of Master of Accounting contribute to your immediate or long range career plans?
  3. Why are you a good candidate to receive this award?
  4. Describe your most meaningful achievements and how they relate to your field of study and your future goals.
  5. How has your family background affected the way you see the world?
  6. How has your education contributed to who you are today?

Opppss lupa nak bagitau.. Essay all in english. Interview pun tau. Kena speaking london yer. Masa untuk jawab soalan di atas dalam tempoh 20 minit. So far ok la soalan ni sebab kebanyakannya memang jawapan yang mimie dah stand by untuk sesi jawab interview sebenarnya.

Lepas jawab soalan tu bagi balik kat meja daftar semula. Lepas tu tunggu untuk dipanggil soal jawab sesi temuduga. Panel ada 2 orang lecturer. Calon temuduga dibuat secara berkumpulan. 3 orang sekali masuk untuk interview. Masa masuk tu dengan Mimie calon pertama adalah polis, calon kedua dari Petronas dan Mimie calon ketiga.

Soalan yang ditanya masa interview?? Ok la share sikit la dengan korang.. Pertama sekali kena perkenalkan diri. Ok nak remind sekali lagi yer.. Semua soal jawab dalam bahasa Inggeris. Lepas perkenalkan diri lecturer akan tanya macam mana you all nak manage study dalam masa yang sama you all semua bekerja? Macam mana you all nak relate course ni dengan kerja yang you all buat sekarang? Lepas calon satu jawab, calon dua akan jawab lepas tu barula Mimie calon ketiga jawab.

Soalan terakhir adalah sekiranya kamu ditawarkan master lain selain master forensic ni adakah kamu akan terima? Contohnya master in accounting atau strategic management? Jawapan Mimie opkoss la NO! Eh pasai pa??? Sebab this course hanya offer di UiTM sahaja. Kalau offer Master in Accounting baik Mimie minta UPM ke UKM ke yang dekat dengan Putrajaya. Takde la jauh sangat nak travel ke Shah Alam kan.. Sebab course ni speacial 😊

Ok result dapat ke tak sambung masteri ni bulan Julai 2018. Kelas akan diadakan Sabtu Ahad di UiTM Shah Alam. So dekat la sikit berbanding Puncak Alam. hehee Sekiranya Allah memberi peluang Mimie sambung belajar lagi, Mimie harap permudahkanlah semua urusan Mimie dan keluarga. Aaaammiiinn... 

Friday, June 29, 2018

Setengah Tahun berlalu ~~~~

Image result for bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah lama betul menyepi dari menulis blog sekarang..
Kekangan kerja dan urusan harian menyebabkan penulisan di blog tidak dapat dibuat seperti sebelum ini. Maybe lepas ni lagi susah nak menulis tetapi Mimie akan cuba usahakan penulisan blog untuk simpanan hari mendatang..

Tak terlambat nak ucapkan selamat hari raya buat semua pembaca blog.. Dah habis puasa 6 ke belum..??? 😅😅😅 Raya mana korang tahun ni?? Alhamdulillah Mimie, suami dan anak-anak berada di pantai timur. Kuantan dan Dungun. 

Banyak nak share apa yang berlaku sepanjang ketiadaan Mimie menulis di sini. Nanti Mimie share story lagi yer. 

Blog template baru tahun ni. Sesuai betul template ni untuk Mimie dan keluarga dengan kehadira 3 puteri cilik kami. Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan Mimie dan keluarga dan sentiasa dalam rahmat serta kasih sayang dari Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.. 😘😘😘
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Lilypie Fourth Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Lilypie Second Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design