Monday, July 9, 2018

Durian Time

Sekarang ni kalau buka laman sosial banyak post pasal durian. Hari Sabtu baru-baru ni 07.07.2018 Mimie, suami, anak-anak, Abah, Mama telah ke Felda Jelai memenuhi undangan perkahwinan anak sedara abang ipar Mimie. Seronok tengok kenduri kahwin masakan kampung, rewang bersama orang kampung.

Dalam perjalanan keluar dari Tol Simpang Empat, mata ni dah fokus dan aim belacan, cencaluk, dodol, durian tepi jalan. Bila isteri minta dengan encik suami nak menyinggah tepi jalan balik kenduri opkoss la sanggup melayan karenah sang isteri ni 😂

Selesai majlis, kami pun bergerak balik ke rumah ikut laluan datang yang akan keluar ke Tol Simpang Empat. Dalam perjalanan singgah satu gerai jual durian tepi jalan. Ada sign RM5 kat gerai durian itu. Bila masuk gerai rupanya yang RM5 kecil sekecil kecil kecilnya.. Haaa.. Eksploitasi harga lerr tu.. Durian kampung harga RM17 sekilo. Uiiissshhh mahaiiii. Mimie pun ajak encik suami dengan anak-anak naik kereta cari kat depan nanti ada orang jual lagi.

Di pertengahan jalan jumpa sign jual durian RM3, RM4, RM6. Kami pun singgah. Dah kenal pasti harga kami pun pilih durian. Rupanya kat belakang gerai ni ladang besar durian. Ya Allah buahnya lebat masih kat pokok tunggu gugur. Serius seronok tengok suasana buah durian masa tu.

So kami pun memborong ler durian. Ambil RM6 = 5biji. Durian IOI RM15 sekilo amik sebiji. Durian musang King gred A dua tupperware. Dapat free sebiji durian lagi 😆

Image may contain: food

Image may contain: flower and food

Anak-anak semua makan durian. So memang puas hati membeli durian kat sini. Anak-anak happy, mama ayah lagi happy.. haahaha.. Kemudian sebelum keluar tol ada orang jual dodol. So singgah beli dodol, cencaluk dan belacan sebelum balik rumah.

Terus balik rumah tak menyinggah mana-mana dah. Balik makan durian puas-puas. Esoknya sambung beraya 3 buah rumah dan 1 kenduri kahwin lagi. Raya kan sebulan... 😘😘😘
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Daisypath Happy Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Daisypath Happy Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design