Wednesday, August 29, 2018

Happy Birthday Mimie 🎂🎉

29 Ogos adalah ulang tahun kelahiran Mimie setiap tahun. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan jayanya 😆

Terima hubby for lunch treat hari ni. Thanks for gift too.. 
Doa Mimie agar diberikan kesihatan dan kebahagiaan buat Mimie dan keluarga. Dipermudahkan segala urusan, merajinkan diri untuk tambahan amalan ibadah kepada Allah dan agama, memperbaiki sikap dan perangai ke arah kebaikan dan disayangi Allah, keluarga dan kenalan.. 

Terima kasih semua atas doa dan ucapan hari lahir untuk hari ini. Semoga Allah merahmati kita semua..












Thursday, August 23, 2018

Salam Aidiladha 1439H







Salam Aidiladha dari Mimie dan keluarga..
Semoga ibadah korban diterima oleh Allah SWT..
Setiap pengorbanan yang ikhlas akan digantikan dengan dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah..

Tuesday, August 21, 2018

Ayam Pedas Korea di Daebak Chickeng



Annyeonghaseyo
Feeling korean kejap sambil layan running man 😆 Ok nak review makanan hari ni. Food hunter macam Mimie ni memang suka mencuba makanan apatah lagi yang kena dengan tekak dan selera Mimie 😋

Ayam pedas korea ni memang wajib beli bila Mimie balik rumah in law di Dungun. Masa bulan puasa owner Daebakchickeng ni akan membuka gerai jualan di tapak bazar ramadhan di bandar Dungun.

Kalau hari-hari biasa boleh call or whatsapp owner daebakchickeng ni. Boleh selfpick up dekat dengan hospital Dungun ataupun owner buat COD untuk tempat-tempat tertentu.

Ayam pedas korea ni valid hanya di Dungun dan Kuala Terengganu sahaja. Sebab tu la bila balik KL sampai termimpi-mimpi 😂😂😂

Yang ada di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu boleh la mencuba dan menjamu selera dengan DaebakChickeng ni. Boleh hubungi di nombor di bawah:
+6019-973 9093 (Dungun)

+6011-29492990 (Kuala Terengganu) 

Monday, August 20, 2018

Borong ikan di Kemunting Kuantan

Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan dekat dengan Pasar Borong Kemunting Kuantan.  Kalau nak datang sini kena datang pagi-pagi. Sebelum pukul 7 seeloknya sebab kita nak kena berebut juga dengan peraih ikan 😅 

Apa yang seronok kat sini dapat beli makanan laut dengan harga yang lebih rendah sebab direct terus dari kapal/bot tangkapan ikan. Dan yang paling menarik ikan segar baru sampai ke darat dari lautan. Manisnya ikan segar 😋🐟

Lepas raya nanti nak singgah untuk buat stok makanan laut bawa balik ke KL 😘









Lokasi LKIM Kemunting Kuantan ni sebelum simpang ke Pasar Raya Giant Kuantan. Selamat memborong 🐟🐟🐟

Saturday, August 18, 2018

Kenduri Kahwin Sepupu di Muadzam Shah

18.08.18 tarikh cantik membuatkan ramai yang memilih tarikh ni sebagai hari pernikahan. Mimie dan keluarga pulang ke Kuantan bagi meraikan penyatuan dua hati sepupu Mimie. Semoga berbahagia hingga akhir usia hanim dan pasangan. Selamat melayari bahtera perkahwinan. Majlis perkahwinan di Muadzam Shah kemudian bergerak ke Rompin untuk majlis kahwin anak kawan Abah Mimie. Sempat la menapak di Pekan Bandar di Raja, Pahang. Happy sangat bersama suami dan anak-anak serta keluarga sanak saudara 😘😘😘 Masa majlis kahwin ni jumpa kuih tradisional pahang seperti kuih qasidah. Daging opor memang makanan wajib bila kenduri kahwin di pahang tau. Sedap 😋





Kuih qasidah


Tuesday, August 14, 2018

My Master Journey: Registration Day


11.08.2018 secara rasmi kembali menjadi pelajar. Pelajar mak anak tiga. 😂 Kos yang diambil sangat related dengan skop kerja mimie sekarang. Master in Forensic accounting and financial criminology. Kos kursus ni untuk semester pertama RM4,338.00. Setakat ni tanggung sendiri. Korek tabung 😭

InshaaAllah dengan harapan nanti keluar tawaran HLP separa biasiswa oleh JPA boleh la mohon. Mana tau rezeki Allah permudahkan urusan belajar. 

Sedikit perkongsian HLP adalah belajar secara sepenuh masa dan dapat cuti belajar bergaji penuh manakala HLP separa biasiswa adalah untuk belajar separuh masa tanpa cuti bergaji. Semua ni adalah kelebihan untuk penjawat awam sahaja yang masih dalam perkhidmatan bagi gred 41 dan ke atas bagi kos master dan PhD. 

InshaaAllah 2 tahun ni Mimie akan cuba kongsi berkaitan kos pengajian dan pengalaman sepanjang bekerja sambil belajar ni.  Kelas Sabtu Ahad. Bertabah la suami dan anak-anak semua. Doakan yang terbaik untuk Mama ye anak-anak dan juga sokongan dari encik suami untuk isterimu ini 😘

Friday, August 10, 2018

My Master Journey : Surat Tawaran Master in Forensic Accounting and Financial Criminology


Alhamdulillah. Semoga perjalanan menyambung pengajian dalam Master in Forensic Accounting and Financial Criminology dipermudahkan Allah SWT. Berkat doa suami, mama abah, keluarga mertua, adik beradik dan kenalan semoga segalanya berjalan lancar. Terima kasih juga kepada senior di tempat kerja yang dah ambil kos pengajian ni. Nanti Mimie datang jumpa untuk minta tips dan tunjuk ajar dari senior semua. Ada 3 senior yang sama tingkat pejabat dengan Mimie yang dan tamat dengan jayanya bagi kos pengajian ini. Tunjuk ajar senior semua sangat-sangat membantu Mimie pada hari mendatang. Esok hari pendaftaran dan bermula perjalanan sebagai pelajar semula. Dalam masa yang sama pembahagian komitmen pada keluarga dan kerjaya harap dipemudahkan juga. Terima kasih pada encik suami sangat menyokong untuk Mimie sambung belajar pada masa ini. 😘
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Lilypie Fourth Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Lilypie Second Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design