Thursday, September 13, 2018

Farm in the City 2018

Bersiaran lagi. Kali ni nak cerita tentang Haiwan di ladang. Kat mana..??? Haaa... kat Farm in the city yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Terima kasih YANA: YANA COMEL dapatkan tiket untuk bloggers.

Kat sini ada macam-macam haiwan kebanyakkan jinak dan anak-anak boleh sentuh dan pegang. Kami sampai jam 10.00 pagi. Selesai jam 2.00 petang. Nak balik tu baru hujan. Alhamdulillah awal sampai pagi tu. Kalau tak tergendala la misi melihat haiwan. hihihi.. Jom tengok dan layan gambar-gambar 😘 



Dah sampai jangan lupa dapatkan map/peta bagi memudahkan pencarian haiwan untuk dilihat. Kat sini tak perlu risau kalau tak sempat makan sebab ada kafe menjual makanan dan minuman dalam ni. Di setiap tempat singgahan haiwan akan ditempatkan tempat mencuci tangan. Sanagt-sangat menjaga kebersihan.


Peta ni sebagai guideline sepanjang berada dalam Farm in the City ni. Jangan risau sebab takkan sesat. Kita ibarat membuat pusingan sehingga jumpa semula pintu masuk masa awal-awal sampai. 



Makanan pun ada combo yang lebih jimat. Pekerja pun ramah walaupun ramai pelanggan masa ni. Servis pun cepat tau.



Eh awal betul cerita bab makan. ahahaha.. Sampai awal tu yang lapar kita cerita bab makan dulu.. hihihi. Ok bagi Harga tiket macam-macam harga. Harga biasa, harga apabila gunakan mykad dan harga pakej family. Harga bagi warganegara lebih murah 😘

Harga biasa
Dewasa: RM55.00
Warga Emas: RM45.00
Kanak-Kanak: RM45.00

Harga MyKad
Dewasa: RM37.00
Warga Emas: RM30.00
Kanak-Kanak: RM30.00

***Kanak-kanak bawah 90cm masuk PERCUMA tau..!!!



Selain daripada tu ada pakej keluarga ta dengan potongan harga yang lebih rendah.
Pakej 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak = RM125.00
(Boleh dapat beberapa cenderahati dari Farm in The City tau)

 

Selain tu, boleh bagi makan dengan haiwan ternakan. Harga makanan dijual juga sebelum nak masuk berdekatan dengan tangga menuju ke kaunter bayaran tiket. Satu bucket RM10.00 ada macam-macam makanan dalam satu baldi kecil ni seperti lobak merah, rumput kering dan bijirin. Tapi kat dalam ni kalau jumpa staff yang jaga boleh juga dapatkan bijiran untuk makanan burung dan ayam. Kangkung pun ada.






Ada kakitangan yang mesra akan membantu korang beramah mesra dengan haiwan ternakan tau. Jangan risau sebab anak-anak akan selesa sepanjang mengenal haiwan di sini.





Kebanyakkan haiwan di sini berkeliaran dan bukan dalam kurungan. Jadi anak-anak boleh pegang dan bagi makan secara lebih dekat. Yang kelakarnya bila korang ada makanan, haiwan ni akan datang menggesel dan aim makanan korang bawa tu. Jangan risau sebab haiwan kat sini jinak. Petting Zoo kannn... hehehee. 







Ular pun ada tau. Alahai anak-anak ni main pegang-pegang ular 😂😂 Mama geli hahahaha 🤣🤣🤣





Opss lupa nak bagitau. Kat sini ada khidmat jurugambar. Dah nak balik boleh la pilih-pilih gambar dan beli sebagai simpanan dan kenangan. Saat-saat bersama keluarga macam ni sesuai sangat nak diabadikan sebagai kenangan pada masa akan datang. Nanti anak-anak dah besar kenangan macam ni yang akan dikenangkan 😘😘😘



Perjalanan balik anak-anak tak berhenti bercerita jumpa haiwan-haiwan, pegang haiwan, beri makan haiwan. Satu kenangan dan pembelajaran yang baik dan sihat untuk anak-anak. Yang nak datang sini boleh la bawa anak-anak. Sangat sesuai tau..

Farm in the City
Jalan Prima Tropika Barat
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor
Tel: 03-89412009 / 3099
Facebook: FARM IN THE CITY MALAYSIA
Instagram : IG FARM IN THE CITY
Terima kasih Farm in the City! Kami enjoy 🎉

2 orang chomel (^_^):

  1. la mimie ni wife che tajul bos perolehan ke...heee kecik lak dunia...tp che tajul x kenal sy..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai yeke.. satu ofis dgn husband ke 😅 keciknya dunia 😂 ms fitc hr tu tak perasan pulak 😂

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Lilypie Fourth Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Lilypie Second Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design