Sunday, September 2, 2018

Sambutan Kemerdekaan 61

Late entry...

31 Ogos tarikh keramat rakyat Malaysia dan semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan negara. Semangat kemerdekaan tahun ni lain macam sikit. Semangat berkobar kobar. Tema tahun ni adalah “SayangiMalaysiaku”. Saya sayang Malaysia dan bangga menjadi rakyat Malaysia 🇲🇾 

3 hari sebelum sambutan kemerdekaan encik suami dan ajak nak datang ke perarakan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 61 di Putrajaya. As usual, Mimie menurut sahaja. Sehari sebelum sambutan kemerdekaan balik kerja lambat seperti biasa (hari-hari balik kerja malam 😩). Malam baru sampai rumah. Tu pun encik suami dah mesej “tak balik lagi ke? Esokkan nak pergi tengok sambutan kemerdekaan”. Nampak tak semangat encik suami sebenarnya nak sambut. 😆😆😆

31 Ogos pagi-pagi dah bangun. Lepas solat subuh 6.30 pagi dah bergerak ke Dataran Putrajaya nak meramaikan sambutan hari kemerdekaan Malaysia. Seronok. Cuaca panas. Ramai yang datang. Ramai yang memakaikan anak-anak baju bendera. Mak ayah pun tak kurang juga. Ada ramai pakai tudung bendera malaysia. Meriah sangat. Terima kasih Malaysia.. #SayangiMalaysiaku












0 orang chomel (^_^):

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Lilypie Fourth Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Lilypie Second Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design