Wednesday, February 20, 2019

New Chapter of 2019

Assalamualaikum dan Salam Tahun 2019 di sini...

1st entry 2019.. Januari 2019 sudah berlalu.. Februari 2019 di penghujung bulan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk suku tahun 2019.. Blog dah mula bersawang.. Penulisan semakin kurang.. Banyak nak kongsi sebenarnya tapi kekangan masa menyebabkan penulisan dalam blog semakin perlahan.. Perkembangan sekarang lebih terarah menggunakan Instagram dan Facebook.. Namun sekali sekala jenguk juga blog kawan-kawan dan diri sendiri.. 

Alhamdulillah perjalanan awal di tahun 2019 berjalan dengan baik dengan rahmat dan lindungan Allah SWT. Alhamdulillah suami dah berjaya complete Sarjana dalam Executive Master in Admistrative Science di UiTM Shah Alam dengan jayanya.. Tahniah Master pointer dekan buat suami.. Tahun ni InshaaAllah Konvo ye sayang.. Tahun depan isteri abang akan mengikut jejak abang.. InshaaAllah..  Ada rezeki kita sama-sama sambung PhD nanti.. 🥰🥰🥰 Hebat perancangan Allah buat kita dan keluarga..

Alhamdulillah anak-anak semakin membesar. Kakak Batrisyia dengan aktiviti sukan sekolah dalam badminton dan Taekwondo. Minggu ni ada Kejohanan Taekwondo Sejagat di Putrajaya. Beri pendedahan kepada anak-anak memasuki pertandingan untuk jati diri dan perkembangan pada diri sendiri.

Kakak Aqilah dan Kakak Arissa dah satu sekolah. Senang Mama Ayah uruskan setiap pagi. Sebelum ni tiga anak tiga sekolah. Tahun ni alhamdulillah sekali hantar. Seronok tengok perkembangan anak-anak, Balik sekolah ada sahaja surah baru yang di hafal. Aqilah dengan Pre Tahfiz di sekolah. Arissa dengan kawan-kawan baru.. Doa-doa makan, tidur, masuk tandas, keluar tandas berserta terjemahan dalam bahasa english. Seronok dengar.. Balik siap ajar Mama Ayah.. Sangat comelll...

Menjadi isteri buat suami, Mama buat anak-anak dan anak buat Mama Abah serta Mertua anugerah terhebat hadiah dari Allah SWT. Mempunyai pasangan memahami berkenaan kerjaya yang sentiasa sibuk tambahan kelas pengajian di UiTM pada hujung minggu benar-benar membuatkan Mimie bersyukur atas nikmat kurniaan Ilahi..

Semoga kami sekeluarga dilindungi Allah dengan rahmat dan kasih sayangNya.. Aaammiinnn..

1 orang chomel (^_^):

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Daisypath Happy Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Daisypath Happy Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design