Wednesday, July 10, 2019

JOM KITAR SEMULA!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua. Hari ni nak kongsi sesuatu yang bermanfaat buat semua. Kitar semula barangan dan bahan buangan yang berada di rumah. Ramai yang tak tahu nak hantar barangan kitar semula terutama minyak masak terpakai ke mana. 

Korang yang suka masak tu buang minyak masak kat mana??? Mimie lepas masak dan lepas guna minyak untuk masak ni Mimie letak semula dalam botol minyak masak 5kg yang kosong dan penuhkan. Takde la buang dalam longkang ke, dalam singki ke, sebab nanti sumbat singki rumah. So lepas guna simpan balik dalam botol lain tapi bukan untuk guna balik tau. Korang simpan sampai penuh dan lepas tu pergi mana-mana pusat kitar semula nanti korang boleh jual.

Semalam Encik suami ke Pusat Kitar Semula Putrajaya untuk kitar semula botol sabun basuh baju dan minyak masak yang dah guna. Hasil jualan minyak masak terpakai ni agak lumayan juga. Harga RM1.10/kg. So kalau hantar dua botol besar 5/kg tu boleh la dapat RM11.10. Tambah sikit lagi beli minyak masak 5kg yang baru 😂

Botol sabun basuh yang dah beli tu pun boleh jual balik. Simpan bersusun kat rumah sebelum bawa ke tempat kitar semula. Harga sebotol sabun basuh kitar semula jenama favourite kami adalah jenama Breeze 3.8-4kg = 40SEN. Okay la dari buang dalam tong sampah. Ada 8 botol so dapat la RM3.20 alhamdulillah. Suka sabun Breeze ni sebab senang nak sental kotoran pada baju sekolah anak. Tuang sikit sabun Breeze kat kesan kotoran lepas tu tenyeh2 sikit dah hilang kesan kotoran tu. Tak perlu pakai klorok bagai. Tangan pun tak pedih mengelupas nanti. Harga kalau promo kat Tesco or Giant boleh dapat harga RM17.90-18.90 sebotol. Kalau lebih dari harga tu kami tak beli. Bila ada promo mcm ni sekali angkut 2-3 botol terus. 😂😂😂 Ehhh.. Ini bukan iklan sabun Breeze ye. Hahaha. Benda baik kita kongsi sebab ada yang suka follow cara Mimie dalam diam hahaha...

Siapa-siapa area Putrajaya nak recycle barang yang kat rumah tu boleh la datang ke alamat di bawah ye.. Jangan kata akak tak payung ☂☂☂

Alam Flora Sdn Bhd
51A,51B,51C, Jalan Diplomatik
Presint 15
Putrajaya


Hasil kitar semula semalam

Botol Breeze dan minyak masak terpakai akak beralih tangan

Encik suami collect hasil kitar semula

#Jomkitarsemula
#Gogreen
#lovelymimiee


0 orang chomel (^_^):

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Daisypath Happy Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Daisypath Happy Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design