Monday, July 22, 2019

Rezeki Local Fruit dari Kawan-Kawan Yang Baik Hati

Musim buah di Malaysia ni memang boleh dikatakan syurga buah-buahan. Bertambah bertuah badan bila mempunyai kawan-kawan yang baik hati berkongsi rezeki buah-buahan di kebun milik keluarga mereka. Balik dari outstation dari Utara hari tu rezeki kami satu cawangan dijemput untuk menjamu durian Batu Kurau milik keluarga salah seorang teamwork kami. Makan sampai menyandar orang kata hahaha.. Serius sedap. Siap dapat tapau bawa balik lagi. 😆 Rezeki jangan ditolakkan....

Kenduri Durian Batu Kurau
Hari minggu Sabtu Ahad sesi bersama keluarga. Pagi Sabtu hantar Kakak Batrisyia ada grading Taekwondo. Alhamdulillah berjaya upgrade tali pinggang hijau kepada hijau calit biru. Teruskan usaha kakak Batrisyia. Semoga impian black belt tercapai ye kakak. Malam tu bawa anak-anak dan mertua ke IOI Mall Putrajaya. Quality time dengan insan-insan tersayang. 

Hari Ahad dekat dengan rumah kami di Putrajaya ada pokok buah jambu. So sesi memetik buah jambu dengan anak-anak. Encik Suami cakap jambu loceng. hahaa. Boleh la abang.. Loceng pun loceng la.. Hahaha..
Sesi memetik jambu

Jambu comel kemerahan

Malam tu pulak ada kawan sama belajar Master datang rumah hantarkan buah dari kebun keluarganya di Melaka. Ya Allah.. Banyak buah-buahan yang dihantar. Ada buah manggis, buah rambutan warna kuning, buah rambutan warna merah dan buah pulasan. Seronok sangat dapat rezeki melimpah ruah macam ni. Anak-anak Mimie pulak sibuk dengan buah-buahan tempatan manggis dan rambutan sebab terpengaruh dengan cerita Upin Ipin pasal buah tempatan. Bagus kecil-kecil kenalkan dengan buah-buahan tempatan kita. Takde la asyik kenal strawberry, anggur, kiwi sahaja 😆😆😆

Buah-buahan tempatan dari Melaka

Alhamdulillah dengan limpahan rezeki kurniaan Allah buat Mimie dan keluarga. Seronok dan bersyukur dikelilingi insan-insan yang penyayang dan baik hati. Semoga Allah memberikan limpahan rezeki buat yang memberi dan memudahkan rezeki buat kita semua. Terima kasih semua!

2 orang chomel (^_^):

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Daisypath Happy Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Daisypath Happy Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design