Tuesday, October 8, 2019

Konvokesyen UiTM-91 Encik Suami

Alhamdulillah dipanjatkan limpah kurnia atas rezeki yang diberikan buat kami sekeluarga. Tahniah encik suami dan ayah untuk anak-anak Mimie. Tamat sudah perjalanan mengharungi pelajaran sarjana secara separuh masa dalam Executive Master in Administrative Social (EMAS). Mama dan anak-anak bangga dengan ayah. Tanggal 07 Oktober 2019 di UiTM Shah Alam, tahniah encik suami berjaya tamat pengajian sarjana dan konvo dengan jayamya..

Bukan senang untuk mengharungi pembelajaran dalam pada masa yang sama perlu membahagikan masa dengan kerjaya dan keluarga. Banyak masa bersukaria dikorbankan di hujung minggu dengan anak-anak dengan menghadiri kelas. Terima kasih Ya Allah menggantikan pengorbanan masa bersama keluarga dengan kejayaan yang dapat dinikmati bersama keluarga. Dan terima kasih atas rezeki, ruang dan peluang yang dipinjamkan buat kami sekeluarga.

“Ya Allah, permudahkanlah perjuangan Mimie mengharungi separuh perjalanan lagi untuk menamatkan sarjana seperti yang Engkau kurniakan buat suamiku. Semoga kejayaan dan kegembiraan sentiasa ada untuk kami sekeluarga”

Tahniah shuben dan ayah 😘

Familia with in law

Precious moments

Always be by your side. 

Buat anak-anak tersayang,
Mama Ayah doakan anak-anak semua berjaya di dunia dan akhirat serta dilindungi Allah sepanjang masa. Tuntutlah ilmu yang berguna agar ia menjadi manfaat buat kalian semua di kemudian hari. Kejarlah ilmu tanpa penat dan mengira usia. Semoga dengan kesungguhan Ayah Mama belajar sambil bekerja dan membesarkan kamu memberi inspirasi buat anak-anak yang kami sayangi untuk terus berusaha memperoleh kejayaan masing-masing..

Lots of love,
Mama Ayah 💖




2 orang chomel (^_^):

  1. Alhamdulillah...Tahniah buat suami sis.. betul tu.. respect dgn org yg belajar tak mengira usia..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Daisypath Happy Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Daisypath Happy Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design