Thursday, March 19, 2020

CEGAH PENULARAN COVID 19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.

Dunia kini dikejutkan dengan wabak Covid 19. YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat penyataan rasmi dengan menyeru seluruh rakyat Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Wahai rakyat Malaysia, janganlah pulang ke kampung halaman, janganlah pergi melancong, janganlah lepak mamak, janganlah bawa keluarga dan insan kita sayang berjalan keluar rumah. Hanya untuk 2 minggu kita menjaga diri kita dan ahli keluarga kita. Kita mampu melakukan perubahan.

Berkerja demi negara

Mimie masih bertugas. Arahan bekerja yang diterima adalah bekerja 3 hari dan cuti 3 hari. Oleh kerana suami Mimie turut bekerja di dalam sektor keselamatan, so suami turut mendapat arahan bekerja 3 hari dan cuti 3 hari. Kami suami isteri mengambil kata sepakat untuk bergilir-gilir bekerja dan cuti demi keluarga, anak-anak dan negara.

Beruntungla kamu wahai rakyat Malaysia yang tidak bekerja di dalam sektor keselamatan, kesihatan, dan lain-lain perkhidmatan penting. Kamu beruntung kerana Allah memberi rezeki kamu untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta di rumah selama 2 minggu. Gunakanlah peluang yang diberikan untuk bersama anak-anak. Dan beruntunglah kamu boleh melaksanakan kerja melalui rumah.

Bagi kami yang bekerja amat mementingkan kebersihan selepas pulang bekerja. Kami tidak boleh bersalam dan memeluk terus anak-anak dan pasangan kami. Hand sanitize amat penting dalam poket kami. Masuk kereta pakai hand sanitize, keluar kereta pakai hand sanitize, sampai rumah kami terus mandi dan basuh pakaian yang digunakan. Selepas itu baru kami boleh duduk bersama keluarga.

Poket hand sanitize sentiasa dibawa, yang besar untuk di rumah

Berkaitan panic shopping, tak perlulah membeli barangan keperluan seperti perintah darurat atau berkurung dibuat. Pembelian barangan masih boleh dilakukan. Hypermarket masih dibuka untuk membeli barangan. Cuma langkah keselamatan diri perlu dibuat. Jangan membawa anak-anak ke hhypermarket untuk membeli barangan. Kekalkan jarak keselamatan dan sentiasa membawa hand sanitize bersama. Jika perlu memakai topeng memang sangat perlu dilakukan.

Bersamalah kita berganding bahu membantu mencegah penularan covid 19. Semoga kita semua dilindungi Allah dan diberikan kesihatan berpanjangan.. Aaaammiiinnn...


0 orang chomel (^_^):

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG

NUR BATRISYIA ZAHRA

Lilypie Kids Birthday tickers

NUR AQILAH HUMAIRA

Daisypath Happy Birthday tickers

NUR ARISSA DAYANA

Daisypath Happy Birthday tickers

TERIMA NIKAHNYA

Daisypath Anniversary tickers
 

LoVe My FaMiLy Template by Ipietoon Cute Blog Design